Lelaki dituduh amang seksual fizikal anak tiri perempuan - Utusan Malaysia

Lelaki dituduh amang seksual fizikal anak tiri perempuan

TERTUDUH (tengah) yang mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal ke atas anak tiri perempuannya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan amang seksual fizikal ke atas anak tiri perempuan, awal bulan ini.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun dua bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu di kawasan lapang di Kampung Kubang Parit dekat sini kira-kira pukul 2 petang pada 2 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 18 September ini.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Fairuz Jusoh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya