Negeri Sembilan cuti peristiwa Isnin ini - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan cuti peristiwa Isnin ini

AMINUDDIN Harun sewaktu berucap pada majlis pengumuman kemenangan PH dan BN di Negeri Sembilan malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun malam ini mengumumkan cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan pada Isnin ini.

Ia sempena kejayaan PH dan Barisan Nasional (BN) menang sebanyak 31 daripada 36 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

“Saya mahu umumkan hari ini, cuti peristiwa istimewa untuk Negeri Sembilan. Kita berehat sehari dua, selepas itu buat kerja pastikan kita bantu rakyat di Negeri Sembilan ini,” katanya selepas pengumuman kemenangan Kerajaan Perpaduan di sini malam ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini PH dan BN menang majoriti dua pertiga selepas PH memperoleh 17 kerusi manakala BN menang di 14 buah kerusi.

Perikatan Nasional (PN) pula menang di lima buah kerusi.

Dalam pada itu, Aminuddin yang mempertahankan kerusi DUN Sikamat turut berterima kasih kepada semua jentera Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenangan kali ini.

“Sejarah bersama, menang bersama kita kerana gerakan bersama kita. Walaupun kita tahu kita ada lima kerusi tak dapat kita pertahankan, kita akan bekerja untuk pastikan kelima-lima kerusi itu kita menang. 

“Kita ada dua pertiga sekarang, dengan pelbagai latar belakang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pelbagai profesion, saya yakin kita mampu mentadbir negeri dengan lebih baik cemerlang,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya