Ahmad Razif ditemani isteri keluar mengundi - Utusan Malaysia

Ahmad Razif ditemani isteri keluar mengundi

AHMAD Razif Abd. Rahman  bersama isteri, Halina Zakaria selepas membuang undi di SMK  Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, pagi ini.

Ahmad Razif yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu tiba di pusat undi berkenaan kira-kira 9.30 pagi bersama isterinya, Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Beliau turut sempat meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi yang hadir di SMK Kompleks Seberang Takir sebelum selesai membuang undi pukul 10.25 pagi.

Ahmad Razif ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses hari pengundian pagi ini dengan persediaan rapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kehadiran peratusan pengundi juga memberangsangkan dan diharap kelancaran hari pengundian dapat dikekalkan sehingga pusat mengundi ditutup petang ini,” katanya.

Dalam PRN Terengganu kali ini, Ahmad Razif yang juga penyandang kerusi DUN Seberang Takir dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Khazan Che Mat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya