Ross Ariffin kesal dibayar royalti RM400 setahun

Ross Ariffin kesal dibayar royalti RM400 setahun

ROSS Ariffin (kanan) membuat persembahan setiap malam di Restoran Sangkeriau, Jalan Hang Tuah, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Komposer Ross Ariffin atau nama sebenarnya Roslan Ariffin, 61, terkilan berhubung bayaran royalti rendah yang diterimanya sejak dua tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Album Pop Terbaik milik penyanyi Aishah itu mendakwa, badan pengutip royalti gagal menjelaskan bayaran mengikut jumlah yang lazim diterimanya.

Menurutnya, bayaran royalti yang diterimanya sebelum ini bagi 64 karya artis ter­kenal ta­nah air adalah sebanyak RM4,000 setahun.

“Tetapi sejak dua tahun lalu saya hanya terima bayaran RM400 termasuk tahun ini de­ngan jumlah yang sama.

“Saya sendiri rasa pelik kenapa bayaran royalti yang saya te­rima terlalu rendah berbanding sebelum ini untuk semua lagu ciptaan saya.

“Saya ada menghubungi mereka mempersoalan perkara ini dan mereka hanya menjawab ke­adaan semuanya semakin menurun dan itu menjadi sebab utama saya menerima bayaran RM400 setahun,” katanya ketika ditemui.

Menegaskan perkara itu, Ross yang pernah memenangi Festival Lagu Dunia Golden Kite, Kesatuan Penyiaran Asia (ABU) menerusi lagu Semalam Ku Tolak Ke Tepi nyanyian Liza Aziz kesal dan hairan dengan alasan yang diberi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya