6,997 anggota, pegawai keselamatan di Terengganu mengundi awal  - Utusan Malaysia

6,997 anggota, pegawai keselamatan di Terengganu mengundi awal 

ANGGOTA PDRM dari Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menunjukkan dakwat pada jari selepas mengundi awal dalam PRN di Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 6,997 anggota dan pegawai polis serta tentera terlibat dengan hari pengundian awal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di seluruh Terengganu, hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, jumlah itu terdiri daripada 4,395 pegawai dan anggota polis serta 1,884 pegawai dan anggota tentera.

“Jumlah pengundi awal pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini turut termasuk ahli keluarga masing-masing seramai hampir 700 orang.

“Proses mengundi di seluruh negeri hari ini berjalan lancar, malah saya berpuas hati pegawai dan anggota terlibat menunaikan tanggungjawab secara demokrasi,” katanya.

Bekiau berkata demikian selepas meninjau proses pengundian awal di lima saluran undi di Pusat Mengundi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mazli memberi jaminan tahap keselamatan dan ketenteraman awam pada hari mengundi Sabtu ini akan berada pada tahap terbaik dengan aspek penugasan pihak polis.

Katanya, polis Terengganu dengan kekuatan 4,468 pegawai dan anggota akan ditugaskan pada hari tersebut termasuk bantuan daripada Ibu Pejabat Bukit Aman.

“Tujuan penugasan dibuat adalah bagi memastikan kelancaran pada hari pembuangan undi dari aspek penguraian lalu lintas serta keselamatan dan ketenteraman orang ramai.

“449 lagi pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Dron, trafik dan anggota cawangan khas (SB) turut akan membantu.

“Jadi pihak polis sudah bersedia untuk memastikan keselamatan orang ramai untuk keluar mengundi atau melakukan aktiviti harian Sabtu ini, dapat dijaga dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya