66 bot bawa Jalur Gemilang menelusuri Sungai Kedah

66 bot bawa Jalur Gemilang menelusuri Sungai Kedah

PESERTA menaiki bot sambil membawa Jalur Gemilang ketika menelusuri Sungai Kedah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66, lebih 200 warga Alor Setar menelusuri Sungai Kedah bersama 66 buah bot yang dihiasi Jalur Gemilang serta bendera Kedah, petang ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Dzowahir Ab. Ghani, penganjuran program tersebut bagi merancakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan yang membawa makna besar kepada negara.

Selain itu katanya, program itu bertujuan untuk menambah semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan masyarakat terutamanya orang muda.

“Jumlah 66 bot itu sebagai manifestasi kepada 66 tahun negara ini merdeka. Semua bot itu dihiasi dengan Jalur Gemilang dan perarakan ini disertai oleh masyarakat pelbagai peringkat umur.

“Kami bermula di Pelantar Seberang Pantai Johor dan berakhir di Tanjung Chali. Sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 17 kilometer itu, kami berhenti di Muzium Kedah untuk menyerahkan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di situ,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

SALAH seorang peserta mengibarkan Jalur Gemilang ketika menyertai perarakan 66 bot di Sungai Kedah sempena Hari Kebangsaan ke-66 di Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

Selain Dzowahir, beberapa wakil rakyat termasuk Exco negeri turut menaiki bot disediakan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan negeri, Muhamad Radhi Mat Din; Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden serta Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya turut merancang untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan.

“Melihat kepada sambutan yang cukup menggalakkan, insya-Allah tahun depan kita akan buat lebih meriah,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya