64 rumah, inap desa dilanda kepala air, banjir

64 rumah, inap desa dilanda kepala air, banjir kilat

KEADAAN rumah penduduk dinaiki air banjir selepas hujan lebat tanpa henti selama dua jam semalam. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Hujan lebat tanpa henti selama dua jam bermula 6.30 petang semalam di Kampung Kuala Sentul di sini, menyebabkan berlakunya kepala air dan banjir kilat membabitkan 64 rumah dan inap desa Kawasan Rekreasi Che Minah Sayang di kampung berkenaan.

Ketua Kampung Kuala Sentol, Mohd. Asri Mat Piah berkata, hujan lebat itu menyebabkan berlakunya kepala air dari Gunung Berantai yang mengalir deras ke Sungai Yeh dan melimpah ke rumah penduduk.

Menurutnya, air yang disertai lumpur masuk ke dalam rumah penduduk sedalam kira-kira 1 meter mengulangi kejadian serupa beberapa tahun lepas.

“Kebanyakan rumah itu berada di lokasi rendah. Banjir kilat berlaku sangat pantas dan ada penduduk tidak sempat memindahkan perabot serta perkakas rumah ke tempat selamat.

“Hujan lebat berhenti kira-kira pukul 10.30 malam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Asri berkata, selepas kejadian itu, penduduk kini sedang giat membersihkan rumah lumpur yang dibawa air banjir dari Sungai Yeh yang berpunca dari Gunung Berantai.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku.

“Kita sedang memantau dan mendaftar mereka terlibat dalam kejadian ini,” ujarnya.

Beliau berkata, pihak berkuasa, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti bomba dan penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kesihatan, Majlis Daerah Maran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia sedang membantu membersihkan rumah dan bangunan awam.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Daerah Maran, Zapril Nasir berkata, kejadian banjir kilat itu dengan arus air sangat laju turut membabitkan Kawasan Rekreasi Che Minah Sayang Lubuk Ujid menyebabkan lima inap desa tenggelam.

Katanya, ada penyewa agak panik dengan kejadian tidak diduga itu tetapi situasi terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya