50 posmen jadi ‘duta kecil’ kibar Jalur Gemilang

50 posmen jadi ‘duta kecil’ kibar Jalur Gemilang

SEBAHAGIAN posmen bermotosikal mengibarkan Jalur Gemilang ketika berkonvoi pada Program Semarak Gemilang di Pejabat Pos Besar di Alor Setar. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 50 orang posmen yang bertugas di bandar raya ini menjadi duta kecil bagi menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan tahun ini.

Ia antara inisiatif oleh Jabatan Penerangan Kedah bersama Pos Malaysia negeri itu bagi menye­marakkan lagi sambutan ulang tahun hari kemerdekaan tidak lama lagi.

Pengarah Penerangan Negeri, Nasrudin H. Mahmud berkata, kakitangan Pos Malaysia terutama posmen berperanan penting bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan kerana mereka sering bertemu orang ramai setiap hari.

“Kita harapkan apabila masyarakat melihat Jalur Gemilang di kenderaan posmen yang setiap hari masuk ke serata tempat untuk hantar surat, mereka juga tertarik untuk mengibarkannya pada kenderaan, rumah atau premis perniagaan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama Pengurus Besar Pos Malaysia Kedah dan Perlis, Yushaini Yusoff melepaskan konvoi posmen sempena Program Semarak Gemilang di Pejabat Pos Besar, di sini, hari ini.

Tambah Nasrudin, bangunan Pejabat Pos Besar itu juga dihiasi Jalur Gemilang yang dilaksanakan secara bergotong-royong bersama pihaknya.

“Kita mahu bangkitkan ke­sedaran orang ramai terhadap sambutan bulan kemerdekaan ini,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya