474 pegawai perubatan berjawatan tetap lapor diri di Sabah

474 pegawai perubatan berjawatan tetap lapor diri di Sabah

DR. ASITS SANNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 474 pegawai perubatan kontrak yang baru dilantik ke jawatan tetap sebagai pegawai perubatan Gred UD43 telah melapor diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Asits Sanna berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 339 pegawai melapor diri di hospital dan seramai 135 pegawai di klinik-klinik kesihatan di seluruh Sabah.

Pada masa sama, katanya, seramai 103 pegawai perubatan yang bertugas di negeri Sabah berpindah keluar untuk melapor diri di negeri lain. 

“Ketika ini, jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang berkhidmat di Sabah adalah seramai 1,986 orang dengan pertambahan 371 pegawai.

“Kita berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan  atas komitmen dan keprihatinan yang diberikan bagi memastikan jumlah pegawai perubatan di Sabah dipertingkat.

“Ia selaras dengan keperluan perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah. Dengan pertambahan ini, kita harap perkhidmatan kesihatan di Sabah bertambah baik dan dapat diperluas,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pegawai perubatan yang telah memberikan komitmen dan dedikasi mereka dalam memberi perkhidmatan kesihatan di Sabah.

Katanya, komitmen semua kakitangan amat diperlukan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya