45 murid dijangkiti HFMD di Perak - Utusan Malaysia

45 murid dijangkiti HFMD di Perak

KHAIRUDIN Abu Hanipah (kanan) pada perasmian Pesta Buku Perak 2023 di Klebang, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 45 murid di sembilan buah sekolah di negeri ini dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, daripada jumlah itu, seramai 18 orang yang dijangkiti wabak merupakan murid prasekolah.

Katanya, Kinta Selatan merekodkan kes terbanyak dengan 18 kes diikuti Kinta Utara (9), Kerian (8), Muallim (6) dan Larut Matang dan Selama (4).

“Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang Jaya, SK Rapat Jaya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pasir Pinji 2, SJKC Hua Lian 1, SK Sungai Behrang, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Methodist Malim Nawar, SJKT Man Ming, SJKT Kampar dan SJKC Nam Hua.

“Berikutan penularan wabak tersebut, dua kelas biasa dan dua prasekolah telah diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan selama 10 hari bagi tujuan sanitasi dan pencegahan penyakit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pesta Buku Perak 2023 di Klebang di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, penularan wabak itu di negeri ini bagaimanapun tidak berada pada tahap membimbangkan.

“HFMD merupakan penyakit berjangkit yang perlu dibuat pencegahan awal di mana pihak sekolah perlu memastikan pelajar yang mempunyai gejala HFMD tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan.

“Tindakan pencegahan juga perlu diambil pihak sekolah dengan melakukan saringan dalam kalangan murid selain menjaga kebersihan serta mengurangkan aktiviti berkumpulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya