40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah hari ini - Utusan Malaysia

40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah hari ini

CHOW Kon Yeow mengetuai majlis angkat sumpah ADUN Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri (DUN) di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang yang menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15), mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Majlis angkat sumpah itu diketuai Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, dua Timbalannya, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid dan Jagdeep Singh Deo serta barisan Exco dan ADUN-ADUN lain.

Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang yang dilantik semula memegang jawatan tersebut bagi penggal ketiga.

Dalam majlis sama, ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz turut dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang.

Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada PRN-15 selepas berjaya memenangi majoriti 29 kerusi daripada 40 kerusi DUN yang ditandingi.

Pada PRN-15, DAP mendominasi 19 kerusi DUN apabila kesemua calon mereka yang bertanding menang dengan majoriti besar sekali gus menyumbang kemenangan gabungan PH-BN di Pulau Pinang.

PKR turut menyumbang tujuh kerusi menerusi kemenangan calon-calonnya di DUN Machang Bubok; Bukit Tambun; Bukit Tengah; Batu Maung; Pantai Jerejak; Batu Uban dan Kebun Bunga.

Sementara itu, BN menang dua kerusi di DUN Bertam dan Sungai Acheh dan Amanah menang kerusi tunggal di Bayan Lepas.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 11 kerusi majoriti pengundi Melayu antaranya mempertahankan DUN Penaga, merampas Permatang Berangan; Permatang Pasir; Penanti; Seberang Jaya; Sungai Dua;Telok Ayer Tawar; Pinang Tunggal; Sungai Bakap; Teluk Bahang dan Pulau Betong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya