334 pelajar cemerlang terima Bantuan Awal Pengajian YBR

334 pelajar cemerlang terima Bantuan Awal Pengajian YBR

PHILIP Benedict Lasimbang menyampaikan Bantuan Awal Pengajian YBR kepada salah seorang penerima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, Penampang, Sabah. - IHSAN YBR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 334 pelajar cemerlang dalam kalangan B40 di Penampang, Sabah menerima Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini. 

Melalui inisiatif dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Penampang, Sabah itu, YBR memberi bantuan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan mereka.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, bantuan tunai itu diberikan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang kepada mereka yang bertungkus-lumus menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh persekolahan.

“Bagi meneruskan usaha dalam melestarikan matlamat untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia, bantuan hari ini merangkumi pelajar matrikulasi serta institusi pengajian awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menerima Bantuan Awal Pendidikan YBR,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh YBR dalam membantu golongan memerlukannya terutama dalam kalangan pelajar yang kurang berkemampuan.

“Usaha ini adalah satu kerjasama yang padu bersama badan korporat yang mana ia merupakan titik permulaan yang baik dalam membantu mereka yang memerlukan dan membuktikan warga pendidik boleh berganding bahu bersama organisasi swasta yang lain untuk mencapai matlamat pendidikan yang ingin dikecapi,” katanya. 

Selain itu, pelajar Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu, Norazlin Amit @ James, 20, berkata, dia dapat menggunakan bantuan itu bagi membuat persediaan awal sebelum memulakan semester pengajian tidak lama lagi. 

“Terima kasih YBR kerana ia sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan yang perlu dihadapi.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya