PADAWAN: Sebanyak 224 daripada 619 pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menolak tawaran lantikan jawatan tetap ke Sarawak. Seramai 50 pegawai perubatan KKM pula rela berstatus ‘kontrak’ kerana enggan melapor diri selepas ditawarkan lantikan tetap untuk berkhidmat di Bumi Kenyalang itu. Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, ada beberapa pegawai perubatan yang menerima tawaran, bagaimanapun telah memohon untuk melanjutkan pengajian. “Kita telah menerima 619 pegawai perubatan yang ditawarkan ke jawatan tetap di Sarawak, dan juga yang telah lapor diri adalah sebanyak 395 orang. Tetapi pada masa yang sama, terdapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya