1,832 warga PGA, FRU terlibat pengundian awal di PGA

1,832 warga PGA, FRU terlibat pengundian awal di PGA

AYOB Khan Mydin Pitchay meninjau pusat pengundian awal di Dewan Kompleks Perdana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Cheras, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 1,832 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pasangan masing-masing terlibat dengan undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Markas Briged Tengah PGA Cheras, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, angka tersebut melibatkan 1,031 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka.

Katanya, baki daripada jumlah itu pula mewakili anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) seramai 801 anggota.

“Perjalanan (mengundi) pagi ini Alhamdulillah, berjalan dengan lancar.

“Apa yang saya lihat suasananya aman dan terkawal, kita tengok pukul 8 pagi sudah penuh anggota yang mengundi, dijangkakan pukul 12 tengah hari  selesai,” katanya selepas meninjau pusat pengundian awal di Dewan Kompleks Perdana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Cheras, di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau tiba di Markas Briged Tengah PGA Cheras pada pukul 7.45 pagi diiringi Komander PGA Briged Tengah Cheras, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit sebelum meninjau pusat pengundian, di sini.

Ayob Khan kemudian disambut Komander FRU, Senior Asisten Komisioner, Mohd Said Ibrahim sebelum berangkat ke Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Shah Alam pada pukul 9 pagi tadi bagi meninjau proses pengundian di sana.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati sekali lagi kepada semua anggota agar keluar menunaikan tanggungjawab dengan mengundi awal, hari ini.

Terdahulu,Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, sebanyak 260 tempat mengundi dengan 377 saluran mengundi telah diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pusat pengundian awal.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar kesemua anggota proses demokrasi dengan menjalankan tanggungjawab untuk mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya