17 laporan polis ajaran sesat SiHulk di Selangor

17 laporan polis ajaran sesat SiHulk di Selangor

SEORANG anggota Polis Bantuan Sime Darby dilihat rebah semasa Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad di Padang Kawat UPM, Serdang, Selangor. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Polis Selangor menerima sebanyak 17 laporan berkaitan aktiviti kumpulan ajaran sesat, SiHulk di negeri ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun, siasatan mendapati pengikut ajaran itu berkemungkinan berpangkalan di luar negara selepas mereka melarikan diri dari negara ini.

“Sebanyak 17 laporan polis diterima tahun ini, bagaimanapun angka keseluruhan laporan diterima adalah sebanyak 32 membabitkan negeri ini bagi tempoh beberapa tahun lalu.

“Laporan yang kita terima membabitkan aktiviti (ajaran) ini adalah pada awal tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun Ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini semalam.

Beliau berkata, semua laporan diterima disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jelas beliau, semakan mendapati, tiada kawasan khusus aktiviti ajaran berkenaan dikesan di negeri ini.

“Mereka sekarang ini sudah menghilangkan diri dan sebagainya. Kita percaya mereka tidak berada di Selangor.

“Mereka yang sudah dikenal pasti untuk tindakan tangkapan mungkin berada di luar negara,” jelasnya.

Sebelum ini, tular rakaman lima beranak dengan beraninya mengaku mereka adalah antara pengikut SiHulk selain mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Allah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya