16 tema, 50 intipati tawaran manifesto: Kita Penang, Kita Boleh!

16 tema, 50 intipati tawaran manifesto Kerajaan Perpaduan: Kita Penang, Kita Boleh!

CHOW Kon Yeow ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Bertemakan Kita Penang, Kita Boleh!, manifesto Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ditawarkan kepada penduduk negeri itu dengan bertunjangkan 16 tema utama serta keseluruhan 50 initipati.

Setiap tunjang itu merupakan teras perjuangan dan amanah Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang dalam memastikan tiada pihak yang terpinggir atau dipinggirkan dengan prinsip negeri berkebajikan yang sentiasa menjadi pegangan.

Apa yang pasti, 50 manifesto itu juga akan membawa setiap lapisan masyarakat Pulau Pinang untuk membangun bersama-sama dalam percambahan sosioekonomi negeri itu secara keseluruhan.

Manifesto Perpaduan 2023 Pulau Pinang itu juga merupakan sebuah mandat baharu yang bukan hanya menyediakan negeri itu ke arah lonjakan kedua ekonomi baharu sejajar dengan landasan Ekonomi Madani yang menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bercambah sebanyak enam peratus.

Malah, ia juga terus menyediakan serta mempelbagaikan bantuan-bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira usia, latar belakang dan organisasi.

Paling utama, manifesto Kerajaan Perpaduan itu juga mahu memastikan generasi muda dan anak cucu Pulau Pinang terus berada di negeri yang dicintai mereka dengan memastikan pembangunan sosioekonomi terus cemerlang dan unggul dalam membawa harapan negeri itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Ia dapat dilakukan menerusi usaha meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan dan menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.

Sasaran lain adalah memperkasa rakyat bagi meningkatkan penyertaan awam dan melabur dalam persekitaran terbina bagi menambah baik daya pemulihan. – UTUSAN

Infografik:

* 16 Tema Utama Manifesto Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang:

– Cakna Kebajikan Rakyat
– Sosioekonomi Rakyat Diperjuangkan
– Suntikan Pekerjaan Berkemahiran Tinggi
– Syiar Islam Terus Dipertahankan
– Kelengkapan Infrastruktur Utama
– Penyeimbangan Pembangunan Kawasan Luar Bandar
– Percambahan Modal Insan
– Perumahan Untuk Semua
– Memperkasakan Golongan Wanita dan Belia
– Keterjaminan Rantaian Makanan
– Pemantapan Sektor Pelancongan dan Perkhidmatan
– Inisiatif Penyuraian Trafik
– Keharmonian Masyarakat Majmuk
– Demokrasi Dipertahankan
– Hak Pulau Pinang
– Persekitaran Berdaya Tahan Terhadap Perubahan Iklim.

* Tekad Manifesto Kerajaan Perpaduan:

– Menjana ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan elektrikal dan elektronik (E&E); `Integrated Circuit (IC) Design’; teknologi perubatan; `Digital District’ dan ekonomi baharu.
– Penang Strategy for Economic Ecosystem Development (Penang SEED) yang bakal menjadi garis panduan dalam perancangan pembangunan ekonomi dalam tempoh lima lima tahun yang mensasarkan pencapaian dinamik, kesaksamaan, prospek kerjaya berkualiti dan pengekalan kesejahteraan selaras dengan gagasan Visi Penang2030.
– Pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang mana projek keutamaan adalah projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas dan serta merealisasikan projek ‘Silicon Island’, Penang South Island (PSI).
– Menambah baik aliran trafik serta penyelesaian mobiliti pengangkutan awam dan menuntut peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan lebuh raya bertingkat atau Juru – Sungai Dua Expressway.
– Mengatasi isu perubahan iklim dengan projek-projek tebatan banjir, bandar rendah karbon dan kemudahan kenderaan elektrik (EV).
– Melaksanakan Pelan Kontigensi Air 2030 bagi memastikan krisis air tidak berulang di Pulau Pinang.
– Memperkasakan rakyat dan memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti, belia, wanita dan warga emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya