KUALA LANGAT: Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah (Samus) Kanchong Darat yang menjadi antara 15 pusat pengundian bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib.
Kesemua 15 pusat pengundian di kawasan berkenaan dibuka bagi membolehkan 43,828 pengundi yang terdapat di DUN berkenaan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula pukul 8 pagi hari ini.
Selain SAMUS tempat pembuangan undi turut dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Morib, SK Kanchong Darat dan SK Sungai Buaya.
DUN Morib menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH), Hasnul Baharuddin dan calon Perikatan Nasional (PN), Rosnizan Ahmad.
Hasnul merupakan penyandang DUN Morib dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Speaker ketika penggal ke-14 Kerajaan Negeri Selangor. – UTUSAN