15 lelaki ditahan dipercayai seleweng diesel bernilai RM13.5 juta

15 lelaki ditahan seleweng minyak diesel Petronas bernilai RM13.5 juta

RAMI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seramai 15 lelaki tempatan yang dipercayai menyeleweng diesel Petronas di Pantai Timur yang menyebabkan syarikat itu rugi kira-kira RM13.5 juta.

Kesemua suspek berusia antara 29 hingga 52 tahun itu ditahan menerusi operasi bersepadu di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 21 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan mendapati kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak 2021 dan mengakibatkan syarikat Petronas mengalami kerugian dianggarkan RM13.5 juta bagi tempoh Januari 2021 hingga Februari lalu.

“Sindiket ini yang dianggotai oleh individu daripada pelbagai kelas jawatan dalam bidang perkapalan dikesan menjual semula baki diesel diperuntukkan kepada setiap kapal logistik marin kepada pembeli secara haram.

“Harga jualan yang ditawarkan adalah sekitar RM1.80 hingga RM1.98 liter dan hasil jualan dibahagikan antara kru bertugas pada tempoh masa terbabit,” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Menurutnya, pihak polis turut merampas dua kenderaan, 16 telefon bimbit, 17 set dokumen, 16 pek kad sim dan dua kad syarikat.

Jelas beliau, turut dirampas dua pengukur kedalaman tangki minyak, satu ‘gasoline gauging paste’, satu kad pelaut, satu mesin kira, satu tablet, dua komputer riba serta tiga cop pelbagai syarikat.

“Semua suspek berkenaan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Siasatan berhubung kes ini masih diteruskan untuk menilai sejauh mana aktiviti berkenaan berleluasa dan mengenal pasti mereka yang terbabit,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya