11 tukun tiruan bernilai RM360,000 dilabuhkan di Kuala Selangor - Utusan Malaysia

11 tukun tiruan bernilai RM360,000 dilabuhkan di Kuala Selangor

Tukun
CHAN Foong Hin merasmikan program itu di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Jabatan Perikanan melabuhkan sebanyak 11 tukun dasar lembut penghalang pukat tunda bernilai RM360,000 kira-kira 3.2 batu nautika perairan Kuala Selangor di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, pembangunan tukun tiruan selaras aspirasi kerajaan bagi menggalakkan jaminan bekalan makanan negara terutama bekalan ikan.

Katanya, tukun tiruan dikenalpasti antara kaedah berkesan memperkayakan sumber perikanan marin di seluruh dunia.

“Kementerian menjangkakan tukun yang dilabuhkan akan memberi manfaat ekonomi kepada 7,668 nelayan di Selangor terutama di Kuala Selangor

“Tahun lalu, pendaratan ikan di perairan daerah ini mencatatkan 21,661 tan metrik yang meliputi keseluruhan 171,055 tan di Selangor,” katanya selepas merasmikan program itu.

Tambah Foong Hin, Jabatan Perikanan akan terus membina dan melabuh tukun tiruan secara berterusan bagi meningkatkan sumber perikanan negara.

Berdasarkan statistik, Selangor mempunyai sebanyak 35 tukun di Sabak Bernam, 68 di Kuala Selangor, 95 di Kuala Langat dan 14 di Sepang.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya