100 sertai ceramah Hikayat Merong Mahawangsa

100 sertai ceramah Hikayat Merong Mahawangsa: Antara Realiti dan Fantasi

AZHAR Mohamed Noor (lima dari kanan) bersama penceramah dan sebahagian peserta Program Bicara@Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMPIR 100 peminat sejarah di Kedah mengikuti ceramah berkaitan ‘Hikayat Merong Mahawangsa – Antara Realiti dan Fantasi’ sempena Program Bicara@Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pengarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Azhar Mohamed Noor berkata, turut serta kalangan warga emas, ketua jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pensyarah iinstitut pengajian tinggi awam (IPTA), institut pengajian tinggi swasta (IPTS), orang perseorangan dan lain-lain.

Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Leftenan Kolonel (B) Mukhtar Mansor menjadi moderator program dan penceramah pula, Dr. Ahmad Farhan, Prof. Emiritus Datuk Abdullah @ Zakaria membincangkan tentang Hikayat Merong Mahawangsa – Realiti dan Fantasi manakala Exco Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Mohd Herman Roslan mengenai Kerencaman dan Transmogrifikasi Hikayat Merong Mahawangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya