10 kenderaan rosak dihempap konkrit bangunan

10 kenderaan rosak dihempap konkrit bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira sepuluh kenderaan rosak teruk selepas dihempap runtuhan konkrit di blok A, bangunan Sri Desa Entrepreneur Park di Jalan Kuchai Lama, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada pukul 9.59 malam.

Katanya, sebanyak tiga jentera dengan kekuatan 26 anggota daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Seputeh, BBP Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus pihaknya menerima panggilan.

“Insiden membabitkan bangunan empat tingkat apabila konkrit yang menyokong bumbung runtuh dari tingkat empat ke bawah bangunan.

“Runtuhan berkenaan mengenai 10 kenderaan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, runtuhan struktur sepanjang 48.7 meter berkenaan bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Katanya, anggota bomba menjalankan kerja-kerja pengungsian bangunan di seluruh premis dan memasang sawar-sawar di sekitar kawasan yang berlaku runtuhan.

“Pemantauan dilakukan di lokasi kerana dikhuatiri akan berlaku lagi runtuhan.

“Pihak bomba juga masih dalam keadaan bersedia di lokasi sehingga pihak daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kerja Raya mengesahkan perihal keselamatan bangunan,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya