Ziana Zain usah terlalu try hard - Utusan Malaysia

Ziana Zain usah terlalu try hard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERUS-TERANG, bukan niat Cik Bunga nak menjatuhkan semangat Ziana Zain. Bahkan, sebagai peminat muzik
tanah air, Cik Bunga amat menghormati penyanyi bertaraf legenda ini.

Baik lagu-lagunya, mahupun kisah hidupnya yang sangat memberi motivasi kepada kita, kaum wanita. Pun begitu, sebagai seorang peminat, Cik Bunga turut mewakili kalangan peminatnya yang ada meluahkan rasa kurang senang dengan imej yang ditonjolkan oleh Ziana untuk kebelakangan ini.

Maaf, bukan membenci. Tetapi, ada betulnya apabila ada yang melihat imej terkini Ziana seakan macam serba tak kena. Ziana nampak terlalu ‘try hard’.

Sampaikan ada yang menyindir adakah Ziana pun mahu meniru gaya penampilan Aina Abdul?

Bukan tak suka kepada sesuatu perubahan, namun Ziana perlu ambil kira kesesuaian dengan faktor usia. Bukan kata ‘tua’ ya. Tetapi dari aspek keselesaan dengan usianya.

Sebab, ada yang nampak Ziana di acara hiburan baru-baru ini, dia seakan tak selesa membawakan imej itu.
Terbongkok berjalan. Tak tahu sama ada baju itu terlalu ketat, kasut terlalu bertumit tinggi atau bagaimana. Tudung pun dah fesyen lain sekarang.

Rasanya, mesti ada fesyen yang sesuai dengan Ziana, yang nampak cantik dan ekstravagan. Yang sedap mata memandang orang kata.

Cik Bunga rasa, konfliik mengenai fesyen ini boleh jadi timbul kerana perunding imej yang dia gunakan adalah orang yang sama digunakan oleh Aina. Jadi, disebabkan itu, tak boleh elak, wujudnya persamaan
imej kedua-dua mereka.

Sepatutnya kalau iya pun, perunding imej itu perlu bijaksana membezakan gaya yang bersesuaian antara artis itu. Ini, tidak pasal-pasal Ziana pula didakwa cuba tiru Aina dan try hard.

Sekali lagi, maaf. Cik Bunga tegur kerana sayang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya