Youtube bantu prestasi cemerlang STPM

Youtube bantu prestasi cemerlang STPM

Ng Shin Yan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Kemodenan teknologi dan kemudahan internet pantas menawarkan teknik pembelajaran yang dilihat menepati gaya hidup generasi baharu.

Kelebihan itu menjadi antara ramuan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022, Ng Shin Yan, yang menggunakan perkongsian dalam laman video popular, Youtube untuk membantu dirinya fokus mengulang kaji pelajaran.

Katanya, saluran atau carian Study With Me menerusi Youtube  dan mengalunkan muzik bagi mencipta suasana tenang dan fokus untuk melakukan mengulang kaji.

“Saya mendisiplinkan diri membuat ulang kaji. Ada juga memasang saluran muzik ini untuk membantu saya belajar,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Shin Yan mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan STPM 2022 di sekolah SMK Toh Muda Abdul Aziz, Sungai Siput, Perak dan bercita-cita berjaya di dalam bidang perakaunan.

Rakan sekolahnya, Erayniyan A/L Murali Dasan juga tidak ketinggalan menggunakan kaedah sama, namun sedikit berbeza dengan cara membuat rujukan melalui pelbagai perkongsian video Youtube.

“Kemudahan ini membantu saya mengulangkaji pelajaran. Ada beberapa saluran saya membuat rujukan,” katanya yang mencatatkan PNGK 3.80 dan bercita-cita menjadi tenaga pengajar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya