Yantzen enggan layan fitnah netizen - Utusan Malaysia

Yantzen enggan layan fitnah netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Rusty Blade, Yantzen, 65, enggan ambil pusing terhadap fitnah netizen yang mengaitkan sakit misteri dialaminya dengan pengambilan barang terlarang.

Kata Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, dia tidak dapat mengubah prasangka buruk orang, sekadar mampu menerima dan berlapang dada.

“Mereka buat andaian, tapi saya tak ambil hati. Saya percaya setiap orang ada kebaikan masing-masing. Saya terima perkara itu.

“Ramai juga yang berkongsi kata-kata sokongan, itulah yang melegakan saya dalam berdepan dugaan sebegini (sakit).

“Yang penting, jangan melatah dengan komen negatif orang. Sukar untuk saya betulkan persepsi mereka kerana mereka tak faham. Apa yang penting, pegang pada sunah Rasulullah S.A.W, maka selamatlah,” katanya.

Yantzen sebelum ini memaklumkan masih bertarung dengan penyakit misteri yang dialaminya sejak setahun yang lalu.

Penyanyi tersebut bagaimanapun memilih untuk berikhtiar dengan rawatan secara tradisional untuk pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya