Warga emas cederakan pegawai polis direman enam hari

Warga emas cederakan pegawai polis direman enam hari

ANGGOTA polis membawa suspek warga emas lelaki untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan terhadap polis di Mahkamah Kulim. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang warga emas direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan kecederaan ke atas seorang pegawai dan anggota polis dalam kejadian di Taman Selasih, semalam.

Perintah reman ke atas suspek berusia 82 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kulim, Mirza Mohamad.

Suspek yang tiba di Kompleks Mahkamah Kulim kira-kira pukul 8.30 pagi dengan berpakaian lokap berwarna jingga direman bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang pegawai polis berusia 30-an menerima 36 jahitan di dada akibat terkena pisau pemotong kertas yang digunakan seorang pencuri warga emas dalam kejadian pada pukul 10.45 pagi.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis turut cedera di kaki dan menerima lima jahitan ketika bergelut untuk menahan suspek lelaki yang berusia 82 tahun.

Polis pada mulanya menerima panggilan mengenai kes curi di sebuah pasar raya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum warga emas itu melarikan diri menggunakan motosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, suspek yang memiliki tiga rekod lampau berkaitan jenayah disyaki mencuri barangan keperluan dapur serta kendiri yang bernilai kira-kira RM160 di pasar raya terbabit.

Beliau turut memaklumkan, pegawai polis yang tercedera masih dirawat di wad Hospital Kulim dan keadaannya stabil.

“Sementara seorang lagi anggota berusia 30-an yang tercedera di kaki sudah dibenarkan keluar wad semalam,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya