Wanita rosakkan bahagian dinding BBP Bagan Jermal direman - Utusan Malaysia

Wanita rosakkan bahagian dinding BBP Bagan Jermal direman

SEORANG wanita ditahan reman selepas disyaki memasuki kawasan BBP Bagan Jermal, di George Town, Pulau Pinang serta memecahkan logo agensi tersebut dalam kejadian malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis menahan reman seorang wanita yang disyaki memasuki kawasan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, di sini serta memecahkan logo agensi tersebut di balai itu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama tiga hari sehingga esok.

Katanya, kira-kira pukul 12.43 pagi tadi, satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai bomba dari sebuah balai bomba di dalam daerah Timur Laut.

”Laporan ini menyatakan pihak bomba telah menahan seorang wanita tempatan kerana telah memecahkan logo agensi tersebut di dalam kawasan balai bomba.

“Suspek berumur 53 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau, hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek juga bebas sebarang jenis dadah,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, tular klip video di media sosial yang memaparkan seorang wanita merosakkan bahagian dinding di BBP Bagan Jermal menggunakan penukul.

Menurut Soffian, suspek yang disyaki mengalami masalah mental telah dirujuk dan ditahan di Wad Psikiatrik Jalan Perak untuk rawatan lanjut.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

”Pihak polis menasihati orang ramai tidak menularkan sebarang gambar dan rakaman video berkenaan kejadian tersebut untuk mengelakkan sebarang spekulasi,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, wanita tersebut datang ke balai itu pukul 11.45 malam kelmarin.

“Menurut pegawai dan anggota bomba yang bertugas di BBP Bagan Jermal, mereka tidak mengenali wanita ini dan telah cuba menghalangnya daripada merosakkan sudut ‘wow faktor’ di balai tersebut, namun dia tidak mengendahkannya.

“Pegawai bomba yang bertugas terus menghubungi pihak polis sebelum datang dan menahan wanita tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya