Umpama duta kecil Langkawi - Utusan Malaysia

Umpama duta kecil Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK pelakon ini bergelar isteri kepada Jay Jasmin, umum tahu bahawa kedua-duanya memilih untuk menetap di pulau Mahsuri, Langkawi. 

Bila tengok pasangan ini, Cik Bunga dapat rasakan Tasha kini bagaikan telah menemui cinta sejatinya. Lebih bahagia dan dia, seperti yang semu boleh lihat, kini lebih selesa menjadi diri sendiri. 

Satu yang Cik Bunga perasan, sejak duduk di Langkawi, Tasha sering juga kongsikan banyak perkara tentang kehidupannya di sana menerusi media sosial. 

Pada masa sama, Tasha juga secara tidak langsung banyak mempromosikan tempat atau lokasi menarik di pulau berkenaan. Sekali imbas, Tasha dah macam duta kecil Langkawi pula. 

Bagi Cik Bunga, ini satu perkara positif. Dia tidak diminta untuk jadi duta pun. Tetapi, itu adalah inisiatif dirinya sendiri dalam membantu menaikkan kembali tempat-tempat menarik di pulau tersebut. 

Iyalah, khabarnya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) dan dunia pun dilanda Covid-19, Langkawi terjejas juga dari sektor perniagaan dan pelancongan. 

Bila Cik Bunga tengok media sosial Tasha terutama di Tiktok, rupanya ada lagi tempat menarik di Langkawi yang kita tak tahu dan tak pernah pergi sebelum ini. 

Kiranya, membantu jugalah kan untuk pengguna atau sesiapa saja yang nak datang ke Langkawi selepas ini. 

Usaha begini kita kena puji. Cik Bunga tahu mungkin ada lagi individu lain yang buat perkara yang sama di media sosial. Itu pun Cik Bunga puji juga. 

Sama-sama kita bantu orang kita berniaga waima dalam sektor apa sekali pun. Tapi ingat, kalau pergi tempat pelancongan, sama-sama juga jaga kebersihan dan kecantikan tempat itu ya. Gitu Cik Bunga selit pesanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya