Tunggakan elaun atlet perenang para Olimpik perlu dilunaskan

Tunggakan elaun atlet perenang para Olimpik perlu dilunaskan

ABDUL Karim (duduk tengah) dalam sidang akhbar pada acara Sarawak Harvest & Folklore 2023 yang akan diadakan di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Institut Sukan Negara (ISN) digesa melunaskan tunggakan bayaran elaun kepada atlet perenang Para Olimpik negara, Julius Jaranding mengikut kontrak yang sudah dipersetujui.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata,  perkara seperti ini perlu diselesaikan dan sekiranya melibatkan atlet Sarawak, beliau sendiri sedia membantu

“Secara peribadi saya lihat, jika mereka (ISN) sudah menandatangani perjanjian dan menjanjikan untuk membayar elaun imbuhan bulanan dan sebaliknya tidak dibayar, ini adalah kesalahan.

“Sekiranya dia (Julius) datang dan menulis kepada saya, saya sendiri akan menulis kepada pihak (ISN) mengenai perkara ini, justeru itu kita minta dia tampil untuk dapatkan bantuan daripada kita.

“Sudah tentu kita akan menolong dia, kerana dia kelahiran Sarawak dan kebajikannya perlu dijaga,” ujarnya kepada media dalam sidang akhbar di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu seorang perenang Para Olimpik negara yang meminta pihak tertentu termasuk Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk melunaskan elaun tunggakan sebanyak RM72,000 bagi tahun 2019.

Bagaimanapun, Abdul Karim menegaskan ISN adalah badan persekutuan, ia tidak terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

“Saya tidak pasti sama ada elaun yang tidak dibayar itu sama ada betul ataupun tidak. Tetapi jika perkara ini betul, bagi pihak atasan ISN mereka sepatutnya tidak menimbulkan isu seperti ini kepada atlet negara,” tambahnya.

Untuk rekod, Julius yang mengikat kontrak dengan Institut Sukan Negara (ISN) selama dua tahun dari 2018-2019 hanya mendapat elaun untuk tahun 2018 sahaja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya