Tukar kampit beras: KPDN belum terima aduan 

Tukar kampit beras: KPDN belum terima aduan 

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) belum menerima sebarang aduan mengenai isu penukaran label kampit beras tempatan  kepada import.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, isu beras tersebut terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)  menerusi Kawalselia Padi dan Beras (KPB).

“Kita akan memantau dan buat sesuatu termasuk mengambil tindakan jika aduan itu didapati benar dan pada masa sama, KPKM juga akan menjalankan Op Beras Putih.

“Namun setakat ini, kita tidak dapat lagi bukti perkara ini berlaku,” katanya selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia di KL East Mall di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, KPDN dan KPKM akan meneruskan kolaborasi bagi memantau isu berkenaan, malah kedua-dua kementerian turut berbincang mengenainya pada mesyuarat Kabinet semalam.

“Pastinya kita akan memantau dan buat sesuatu termasuk mengambil tindakan jika aduan itu didapati benar. Pada masa sama, KPKM menjalankan Op Beras Putih dalam usaha memantau isu ini,” jelasnya. 

Terdahulu,  Presiden Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Musonnef Md. Radzi mendakwa, ada segelintir pemborong yang berkesempatan mengaut keuntungan dengan menukar kampit beras tempatan kepada import.

Jelasnya, taktik tersebut berikutan harga beras tempatan dalam negara masih lagi dikawal oleh kerajaan  berbanding beras yang diimport. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya