Tujuh saksi dipanggil bantu kes tembak rumah, kereta penjawat awam

Tujuh saksi dipanggil bantu kes tembak rumah, kereta penjawat awam

MUHAMAD Zaki Harun (kiri) menyampaikan sumbangan daging korban dan wang tunai kepada salah seorang pesara pada Majlis Sumbangan Fitrah Aidiladha Bank Rakyat Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai tujuh orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kejadian melepaskan beberapa das tembakan di kediaman dan kenderaan milik seorang penjawat awam di Kampung Guntong, Kok Lanas, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki berkata, kesemua individu itu dipanggil bertujuan melengkapkan kertas siasatan selain mengetahui motif sebenar tindakan tersebut.

“Kita juga akan menyemak fakta dan beberapa maklumat baharu yang diperoleh bagi membantu siasatan. Insya-Allah, polis akan berusaha menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat.

“Polis Kelantan memandang serius perkara ini kerana ia melibat soal keselamatan masyarakat. Beri ruang kepada kami untuk membuat siasatan terhadap kes ini,” katanya selepas Majlis Sumbangan Fitrah Aidiladha Bank Rakyat Bersama Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 50 pesara polis dan 20 mualaf dari Kontinjen Kelantan menerima daging korban dan Wang tunai RM200 yang disampaikan oleh Ketua Wilayah Bank Rakyat Kelantan/Terengganu Mohamed Al Namiri Che Man.

Muhamad Zaki memberitahu, sekiranya ada perkembangan terkini pihaknya akan memaklumkan perkara tersebut.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, sebuah rumah dan kenderaan milik seorang penjawat awam yang terletak di Kampung Guntong, Kok Lanas di sini dipercayai terkena beberapa das tembakan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.59 malam.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya