Tolak politik sempit berasaskan perkauman

Tolak politik sempit berasaskan perkauman

ANWAR Ibrahim ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Masyarakat India Kedah Bersama Perdana Menteri di Dewan Lip Seang Kor, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan sebilangan masyarakat yang masih menyokong parti pembangkang meskipun pihak terbabit tidak mempunyai dasar utama untuk memperjuangkan nasib kaum tertentu di negara ini.

Anwar berkata, rakyat berbilang kaum di negara ini seharusnya menolak fahaman politik sempit berasaskan perkauman yang dimainkan oleh parti pembangkang sebaliknya memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang akan memperjuangkan hak untuk semua kaum.

Katanya, kerajaan di bawah pimpinannya akan terus memberi hak dan keadilan kepada kaum lain di negara ini, namun pada masa tetap menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu berdasarkan Perlembagaan negara.

“Apa erti kamu orang-orang India masih lagi sokong parti yang bagi dasar dan pandang rendah kaum kamu, dan ada saya dengar sebilangan masyarakat India yang menyokong Pas dan Bersatu, apa tak ada maruah ka? 

“Kalau sokong parti-parti yang lain saya boleh faham, tapi sokong Pas dan Bersatu untuk apa,” soalnya ketika memberi ucapan pada Majlis Ramah Mesra Masyarakat India Kedah Bersama Perdana Menteri di Dewan Lip Seang Kor, di sini, malam tadi.

Menurut Perdana Menteri, PKR merupakan parti yang paling ramai penyokong dalam kalangan kaum India dan beliau mengharapkan sokongan padu daripada masyarakat India pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Kita terpaksa lawan kelompok perkauman yang sempit dalam pembangkang. Di kampung mereka cerca saya, kata Anwar tak boleh percaya sebab dia tidak hanya tolong Melayu, dia mahu tolong semua kaum kalau dia perintah. Dia mahu jaga semua kaum dan hak mereka.

“Jadi saya nak mula dengan jawapan ini, saya cakap dulu dan sekarang selagi saya Perdana Menteri, saya tidak berubah. Ini negeri untuk orang Melayu kerana Melayu dijamin dalam Perlembagaan. Tetapi, kita kena jaga hak keadilan bagi masyarakat Cina, India, Dayak dan Kadazan dan saya tidak tolak ansur,” jelasnya.

Anwar berkata, walaupun PH kini sudah bergabung dengan Barisan Nasional (BN), namun prinsip tanpa diskriminasi kaum tetap akan dipertahankan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya