Tok Mat dicabar Rozmal di DUN Rantau

Tok Mat dicabar Rozmal di DUN Rantau

MOHAMAD Hasan tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan, Sendayan, Seremban bagi mempertahan kerusi DUN Rantau pada PRN kali ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dicabar Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, kali ini.

Pengumuman pertembungan satu lawan satu itu dibuat Pegawai Pengurus Bagi Bahagian Pilihan Raya DUN Rantau iaitu, Norazam Nayan. 

Rozmal hadir di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan, Sendayan di sini pada pukul 8.30 pagi manakala Mohamad tiba pada pukul 9.08 pagi. 

Turut mengiringi Mohamad ialah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. 

Mohamad diwakili penyokong, Mohamad Yazid Jabbar manakala pencadang pula adalah Hamdan Md. Nor manakala Rozmal diwakili penyokong, Ruzaizil Amril Riduan manakala, pencadang, Mohd. Rizal Abdullah. 

Sebagai rekod, Mohamad adalah penyandang DUN Rantau sejak 2004 dan memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 2004 hingga 2018..

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay turut melawat pusat penamaan calon tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya