Tiga cara periksa kesihatan jantung anda di rumah - Utusan Malaysia

Tiga cara periksa kesihatan jantung anda di rumah

BLOOD Pressure Monitor HBP-1320 direka untuk kegunaan professional dan mudah dibawa untuk kegunaan harian. Peranti ini telah terbukti secara klinikal memberikan hasil yang pantas dan boleh dipercayai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERANGAN jantung boleh berlaku pada bila-bila masa tidak kira di mana anda berada. Penyakit ini adalah antara pembunuh nombor satu rakyat negara ini, namun masih ramai yang masih mengambil mudah akan usaha untuk mencegahnya dari berlaku.

Sebab itu kita perlu sentiasa berwaspada tentang kesihatan jantung untuk mengelakkan komplikasi serius seperti serangan jantung dan strok.

Penyakit jantung, juga dikenali sebagai penyakit kardiovaskular, telah menjadi punca utama kematian di Malaysia sejak 1980-an dan jumlahnya semakin meningkat setiap tahun.

KIta semua boleh menjadi proaktif dalam menjaga kesihatan jantung dengan menjalani gaya hidup sihat yang merangkumi pemakanan seimbang, aktif dan elakkan merokok.

Namun, ia bukan jaminan kita semua bebas daripada penyakit jantung, kerana ia boleh datang pada bila-bila masa walaupun anda berasa sihat.

Sesetengah orang menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung disebabkan oleh sejarah keluarga.

Atas sebab-sebab ini, adalah lebih baik untuk berwaspada dan mendapatkan pemeriksaan berkala bagi membantu mengesan kemungkinan kita ada simptom penyakit itu lebih awal.

Ingat, jangan tunggu simptom serius seperti sakit dada, degupan jantung tidak teratur, kaki dan buku lali bengkak, atau sesak nafas sebelum berjumpa doktor.

Berikut adalah tiga cara mudah untuk memeriksa kesihatan jantung anda di rumah.

DENGAN 5 saiz cuff untuk pelbagai profil pesakit, HBP-1120 direka untuk digunakan dalam suasana profesional dan telah terbukti secara klinikal untuk memberikan hasil yang pantas dan boleh dipercayai.

1. Ukur kadar denyutan jantung anda semasa berehat
Kebanyakan orang tidak pernah memikirkan tentang kadar jantung atau nadi mereka, tetapi ini boleh memberitahu kita tentang kesihatan jantung kita. Bagi orang dewasa, kadar denyutan jantung purata semasa berehat hendaklah berkisar antara 60-100 denyutan seminit. Secara amnya, kadar ini secara beransur-ansur akan menjadi lebih rendah apabila anda semakin tua.

Kadar denyutan jantung rehat anda paling baik diambil pada waktu pagi, apabila anda baru bangun. Hanya letakkan telunjuk dan jari tengah anda di bahagian dalam pergelangan tangan bertentangan anda – anda sepatutnya dapat merasakan denyutan lembut yang merupakan nadi anda. Selama 15 saat, kira bilangan degupan jantung. Darabkan nombor itu dengan empat untuk mendapatkan kadar denyutan jantung berehat anda. Jika kadar denyutan jantung anda lebih tinggi daripada yang sepatutnya, ini boleh menjadi tanda tekanan darah tinggi jadi pastikan anda tanya doktor anda.

2. Ambil ujian tangga
Tetapkan pemasa dan naik empat tingkat tangga – jika mengambil masa lebih daripada 90 saat atau jika anda merasa sesak nafas atau sakit dada, ini mungkin petanda penyakit arteri koronari. Walau bagaimanapun, ujian mudah ini bukan pengganti nasihat perubatan. Anda harus berjumpa doktor untuk ujian yang lebih komprehensif yang juga boleh mengesan perubahan dalam tekanan darah dan irama jantung.

3. Ukur tekanan darah anda

Hipertensi atau tekanan darah tinggi menjejaskan 6.4 juta rakyat Malaysia atau kira-kira tiga daripada 10 orang dewasa.
Ia adalah faktor risiko yang ketara untuk penyakit jantung tetapi ia sering berkembang tanpa dikesan kerana biasanya tiada gejala sehingga tekanan darah mencapai tahap berbahaya.
Oleh itu, adalah bijak untuk memantau tekanan darah anda dengan kerap.
Pemantau tekanan darah digital boleh membantu anda melakukannya dengan mudah dan tepat – selain anda juga boleh mendapat ganjaran apabila anda berbuat demikian dengan pemantau tekanan darah OMRON terkini!

Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, ukur tekanan darah anda apabila anda tenang dan sebelum mengambil sebarang perangsang seperti kafein.
• Duduk dan letakkan lengan anda di atas permukaan rata.
• Letakkan kaf pada kulit yang terdedah, mengikut arahan peranti
• Kekalkan diam sehingga bacaan selesai.
Jika anda tidak pasti, anda boleh bertanya kepada ahli farmasi di mana anda membeli pemantau tekanan darah anda untuk menunjukkan penggunaannya yang betul supaya anda boleh mendapatkan bacaan yang tepat.

Rangkaian pemantau tekanan darah dan pemantau komposisi badan OMRON dilengkapi dengan app OMRON Connect komprehensif yang menampilkan program ganjaran HealthGift yang menggalakkan tabiat harian yang sihat, contohnya, dengan memberikan HealthCoins untuk memantau tekanan darah anda setiap hari.
HealthCoins ini kemudiannya boleh ditebus untuk baucar menarik seperti Shell, Touch ‘n Go, Family Mart dan banyak lagi.
Tambahan pula, pengguna HealthGift juga boleh mengambil bahagian dalam pembidaan bulanan atau suku tahunan untuk memenangi hadiah menarik seperti iPad, peralatan Dyson dan banyak lagi!
Untuk maklumat lanjut atau memuat turun aplikasi, lawati www.omronhealthcare-ap.com/my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya