Tidak semua lagu perlu guna high notes - Amira Othman - Utusan Malaysia

Tidak semua lagu perlu guna high notes – Amira Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amira Othman, 30, percaya lagu bernada rendah mempunyai kekuatan tersendiri sekali gus menambah warna dalam notasi muzik yang dihasilkan dalam deretan lagu-lagu tanah air.

Menurutnya, perkembangan platform digital hari ini membuatkan pendengar mempunyai selera muzik yang lebih luas dan cenderung memilih lagu yang berentak santai semasa memandu atau di dalam pejabat.

Oleh itu, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman teruja bekerjasama dengan Afiq Adnan bagi menyanyikan sebuah lagu dengan rentak tenang dan mudah diingati bertajuk Is It True.

“Saya rasa belum pernah lagi saya menyanyikan lagu santai yang seperti ini. Tidak semua lagu perlu menggunakan high notes semata-mata.

“Kita juga boleh ketengahkan lagu yang bernada rendah kerana ianya juga adalah notasi dalam muzik.

“Muzik itu luas. Jadi, kita teroka lagi pelbagai jenis muzik supaya industri kita akan menjadi lebih bervariasi,” katanya.

Is It True yang dihasilkan oleh Sharon Paul, Perjaka dan lirik ditulis oleh Shah Shamshiri mengisahkan tentang cinta pandang pertama yang dirasai antara dua orang insan.

Namun begitu masing-masing menyimpan perasaan dan takut untuk meluahkan kerana masih keliru.

Pertama kali bergandingan bersama Amira, Afiq Adnan menyifatkan peluang ini sebagai rezeki dan berharap ia membuka jalan untuk berkolaborasi dengan ramai lagi artis berpengalaman tanah air.

“Saya sangat berbesar hati dapat berduet bersama seorang artis yang berbakat dan berpengalaman seperti Amira Othman.

“Saya berharap lagu ini dapat menempa hati para pendengar tak kira usia.
“Semoga ini bukanlah kolaborasi terakhir saya bersama Amira Othman, dan berkemungkinan saya akan berduet dengan artis-artis lain pula pada masa akan datang,” tambahnya.

‘Is It True’ kini boleh didengari di semua platform penstriman. Manakala video muzik lagi ini boleh ditonton menerusi saluran Youtube Afiq Adnan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya