Tidak perlu tangkap Sanusi, bukan pelarian mahu lari diri

Tidak perlu tangkap Sanusi, bukan pelarian mahu lari diri

sanusi
AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar percaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak akan melarikan diri sekiranya tidak ditangkap untuk mengelakkan didakwa di mahkamah hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, pihak polis tidak wajar bertindak menahan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pukul 3 pagi tadi.

Menurutnya, pemimpin itu juga bukan pelarian yang mahu melarikan diri  daripada hadir ke mahkamah.

“Kami para pimpinan tidak akan lari, jadi kenapa perlu ditahan pada pukul 3 pagi.

“Tidak perlu dilakukan demikian, beliau (Muhammad Sanusi) bukan pelarian yang mahu lari ke mana-mana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Kampung Tok Muchong, dekat sini, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, tindakan yang dikenakan terhadap Muhammad Sanusi juga tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN).

‘Saya rasa tidak akan memberi kesan, tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti sebenarnya,” ujarnya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi ditahan polis atas kesalahan Akta Hasutan di bilik penginapannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada awal pagi ini.

Muhammad Sanusi  kemudian dibawa di Mahkamah Sesyen Selayang dan beliau mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Beliau didakwa telah melakukan perbuatan yang .mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya