Teruja laksana ibadah korban setiap tahun - Utusan Malaysia

Teruja laksana ibadah korban setiap tahun

PENDUDUK kampung bergotong-royong memotong daging lembu untuk diagih-agihkan di Masjid Lama Batang Tiga, Klebang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang ahli perniagaan, Mohd. Razmin Roslan, 34, teruja dapat melaksanakan ibadah korban setiap tahun sejak 2014.

Dia bersama isterinya melakukan ibadah tersebut bersama peserta lain selepas solat sunat Aidiladha di Masjid Lama Batang Tiga, Klebang di sini semalam.

Menurutnya, walaupun bukan menjadi kewajipan namun dia rasa terpanggil untuk melaksanakan ibadah itu yang masuk tahun kesembilan tahun ini.

“Sejak 2014 saya sudah melaksanakan ibadah korban dan berterusan setiap tahun.

“Saya rasa sudah menjadi lumrah dan keinginan melaksanakan ibadah korban tidak pernah padam setiap kali Aidil­adha.

“Kebiasaannya saya menyertai korban berkelompok untuk satu bahagian namun tahun ini menyertainya untuk dua bahagian,” kata­nya ketika ditemui pada Program Ibadah Korban Berkelompok di pekara­ngan Masjid Lama Batang Tiga di sini.

Sebanyak lapan ekor lembu ditumbangkan untuk program tersebut anjuran bersama Pertubuhan Prihatin Anak Melaka (PPAM) dan Masjid Lama Batang Tiga.

Katanya, semua da­ging korban diserahkan kepada pihak masjid untuk diagih-agihkan.

Katanya, dulu dia tidak mampu untuk me­laksanakan ibadah korban kerana tiada pekerjaan tetap.

“Saya memasang niat jika nasib saya berubah lebih baik, saya akan me­laksanakan ibadah korban setiap tahun dan daging diberikan kepada golongan yang memerlukan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya