Terengganu pertahan kejuaraan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan - Utusan Malaysia

Terengganu pertahan kejuaraan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan

PEMAIN Terengganu meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan di Stadium Ragbi Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Terengganu mempertahan kejuaraan Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan apabila mengatasi cabaran Negeri Sembilan 21-10 dalam perlawanan akhir kategori Terbuka Lelaki di Stadium Ragbi Perak di sini sebentar tadi.

Ketinggalan 0-5 apabila Negeri Sembilan berjaya membuat try pada awal permainan, Terengganu bangkit untuk memadam kelebihan lawannya yang juga pencabar sama dalam final tahun lalu.

Gerakan kemas dan tersusun menyaksikan juara tahun 2016, 2019 dan 2022 itu meluru ke hadapan 14-5 pada separuh pertama untuk mengekalkan Piala Ung Khek Cheow dan memenangi hadiah wang tunai RM5,000.

Skuad Penyu kemudian mengukuhkan kedudukan 21-5 sebelum pasukan Hobin Jang Hobin berjaya merapatkan jurang hasil try sejurus sebelum tamat perlawanan.

Sementara itu, Selangor muncul juara kategori Terbuka Wanita apabila menundukkan Sabah 22-17 melalui try ‘sudden death‘.

Perlawanan terpaksa diputuskan melalui sudden death selepas kedua-dua pasukan terikat 17-17.

Ketika perlawanan tampak berakhir dengan kejayaan 17-10 kepada Selangor, pasukan Sabah berjaya menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir untuk memaksa penentuan melalui sudden death.

Johor pula muncul juara Kategori B-20 Lelaki selepas menewaskanTerengganu 17-7.

Sementara, Terengganu muncul juara kategori Wanita B-20 selepas mudah menjinakkan Labuan 24-5. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN