TERENGGANU CEMERLANG: Walaupun kerajaan negeri bertukar, pendidikan tetap jadi keutamaan - Utusan Malaysia

TERENGGANU CEMERLANG: Walaupun kerajaan negeri bertukar, pendidikan tetap jadi keutamaan

SEBAHAGIAN pelajar berdoa sebelum menduduki SPM di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri dan warga pendidik di Terengganu memainkan pera­nan cukup penting dalam memastikan negeri tersebut kekal terbaik dalam setiap keputusan peperiksaan utama di negara ini.

Usaha berterusan itu me­nyaksikan pelajar di Terengganu dapat membentuk motivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam akademik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Kumpulan Penggerak Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Kebangsaan Negeri Terengganu, Mohamad Ropaat Khamid berkata, pelbagai transformasi pendidikan dilaksanakan bermula di peringkat sekolah rendah lagi.

Katanya, hasil usaha tersebut menyaksikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Terengganu sentiasa ber­ada di tempat pertama dalam tempoh beberapa tahun berturut-turut kebelakangan ini.

Jelas beliau, uniknya di Terengganu, meskipun ke­pimpinan negeri sentiasa bertukar, bidang pendidikan tetap diberi keutamaan melalui peruntukan besar terutama pemberian biasiswa dan tajaan oleh Yayasan Terengganu.

“Selain itu, penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan korporat seperti Petronas, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan ExxonMobil dalam pendidikan turut menjadi faktor kecemerlangan pendidikan di negeri ini.

“Tumpuan tidak hanya diberi kepada pelajar sekolah elit atau sekolah berasrama penuh, malah kepada sekolah luar bandar dan pelajar daripada golongan kurang berkemam­puan agar mereka juga tidak tercicir daripada transformasi pendidikan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya