Tentera terkorban darurat diberi penghormatan

Tentera terkorban darurat diberi penghormatan

SHARUDDIN Omar (tengah) menziarahi kubur anggota Renjer Mohd. Desa Mohd. Hasyim yang terkorban dalam pertempuran di Sarawak pada 11 Oktober 1973 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor, Pantai Remis, Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Sebanyak 19 pusara anggota tentera yang terkorban semasa darurat dan konfrontasi dengan Indonesia diberi penghormatan dalam program Jejak Pusara Pahlawan (JPP).

Pusara yang bertebaran di seluruh negara itu dibina plat khas oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) bagi mengingati jasa disumbangkan mereka.

Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata, program JPP bukan sahaja bagi mengenang jasa mereka tetapi menyedarkan generasi muda bahawa keamanan dikecapi sekarang hasil pengorbanan dilakukan anggota tentera.

Katanya, ada penduduk yang tidak mengetahui di tanah perkuburan terdapat anggota berjasa disemadikan sehinggalah PVATM membina plat khas tersebut.

“Pada permulaan program JPP dilancarkan pada 2019, sebanyak lapan pusara dikesan dengan ada antaranya berada dalam keadaan menyedihkan, sebelum tertangguh dua tahun akibat pandemik Covid-19 dan diteruskan pada 2022 dengan mengesan 13 pusara.

“Setakat hari ini, sebanyak 19 pusara dijejaki dengan sebahagian besarnya berada di Sarawak dan Sabah,” katanya pada program JPP di Kampung Panchor, Pantai Remis, dekat sini.

Sharuddin berkata, sebahagian besar mereka terkorban ketika darurat kali kedua menentang pengganas komunis dari 1968 hingga 1989 serta ketika konfrontasi dengan Indonesia selepas pembentukan Malaysia.

Katanya, ramai anggota tentera yang terkorban dalam tempoh tersebut tetapi tidak dianggap peristiwa besar kerana dalam keadaan darurat dan tidak diberi penghormatan sewajarnya.

“Pengorbanan mereka terlalu besar tetapi berita anggota gugur di medan perang dianggap perkara biasa ketika itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua 246 cawangan PVATM seluruh negara untuk mengesan pusara anggota yang terkorban untuk diberi penghormatan sewajarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya