‘Teguran Syed Saddiq bukan istimewa’ - Utusan Malaysia

‘Teguran Syed Saddiq bukan istimewa’

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Teguran Pre­siden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukanlah ‘istimewa’ sehingga perlu diberi perhatian kerana banyak lagi pihak lain yang turut memberi pandangan dan teguran kepada Kerajaan Perpaduan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, terdapat juga teguran yang lebih tegas daripada pemimpin lain seperti Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Jelasnya, kerajaan amat mengambil kira pandangan berkenaan dari sudut positif.

Katanya, dalam hal ini, apa yang lebih penting adalah berge­rak dalam satu pasukan untuk penambahbaikan terhadap kerajaan dan juga rakyat khususnya.

“Teguran dari dalam juga diberi daripada tokoh seperti Yang Berhormat Hassan Karim dan terkini berkait penangkapan Datuk Seri Sanusi (Muhammad Sanusi Md. Nor). Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) ada menyatakan pandangan tentang kejadian tersebut, beri teguran terhadap penangkapan itu.

“Malah ada yang bukan ahli Parlimen, tapi dalam blok kerajaan seperti Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi banyak beri teguran, terbaharu mengenai isu di KLIA. Jadi jelas, sudah terang lagi bersuluh, Kerajaan Perpaduan bersifat terbuka dan mengangkat prinsip kebebasan bersuara.

“Jadi, dia bukan yang seorang dan teguran Syed Saddiq, beliau bukanlah istimewa. Ramai sahaja yang beri pandangan. Sudah pasti yang jadi fokus Kerajaan Persekutuan adalah menambah baik mutu perkhid­matan dan segera selesaikan masalah dihadapi rakyat,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Syed Saddiq yang menjelaskan kerajaan harus terbuka menerima kritikan, bukan menyokong membuta tuli semata-mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya