Team Haq Esport Club wakil Malaysia ke Phygital Games 2023 

Team Haq Esport Club wakil Malaysia ke Phygital Games 2023 

TEAM Haq Esport Club yang mewakili Malaysia ke Phygital Games 2023 di Kazan, Rusia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara Liga Profesional Mobile Legends MY musim Ke-10, Team Haq Esport Club secara rasminya mewakili Malaysia ke kejohanan Phygital Games 2023 yang berlangsung di Kazan, Rusia dari 17 hingga 24 Julai ini. 

Team Haq dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan berprestij itu setelah mendapat jemputan khas penganjur yang membuat pemilihan berdasarkan prestasi pasukan tersebut di peringkat nasional dan antarabangsa.

Selain Team Haq, tujuh lagi pasukan e-sukan dari negara lain bertarung termasuk dari Filipina, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Vietnam dan Kemboja.

Pertandingan anjuran di bawah kejohanan Games of the Future di Kazan itu bakal membariskan pelbagai sukan menggunakan pendekatan ‘phygital’ iaitu gabungan sukan fizikal dan digital.

Pengasas Team Haq Esports Club, Aimanhaq Zaharudin berkata, pihaknya menghantar skuad kedua yang digelar Team Haq All Star dan para pemain itu terlebih dahulu dinilai untuk menentukan sama ada mereka layak menyertai skuad utama apabila jendela perpindahan pemain di Malaysia dibuka nanti. 

Katanya, penyertaan di Russia itu juga merupakan persediaan untuk pasukan Team Haq  menghadapi Regular Season MPL MY musim ke-12. 

“Team Haq bertekad memberikan persembahan terbaik dan akan berusaha sedaya-upaya merebut gelaran juara di Russia,” katanya dalam satu kenyataan.

Aimanhaq melahirkan perasaan syukur kerana pasukannya dipilih menyertai pertandingan di peringkat dunia.

“Ini adalah kejohanan pertama kami sertai di benua Eropah. Sehubungan itu, sudah pasti ia memberikan pengalaman berbeza buat kami,” katanya. 

Pusingan kelayakan kedua yang disertai Team Haq berlangsung pada 20 Julai ini dan menawarkan hadiah bernilai $AS50,000 (RM226,500)

Pasukan yang mendapat kedudukan teratas berpeluang menyertai pusingan akhir tahun hadapan dengan jumlah hadiah sebanyak $AS3 juta (RM15 juta). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya