Tawaran PH-BN Selangor dilancar esok - Utusan Malaysia

Tawaran PH-BN Selangor dilancar esok

Tawaran PH-BN
MEGAT Zulkarnain Omardin bergambar bersama tetamu dan peserta Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Selangor akan membentangkan tawarannya kepada pengundi-pengundi di negeri ini esok (Isnin) untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tawaran tersebut akan dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, yang membawa tema ‘Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad untuk 5 Tahun’ di Dewan Raja Muda Musa di sini pukul 8 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, tawaran yang akan dibentangkan itu secara asasnya adalah persetujuan dengan Amirudin untuk dilaksanakan secara bersama.

“Tidak boleh dinafikan dan Menteri Besar sendiri sebut bagaimana BN membangunkan negara dan kerajaan negeri Selangor sehingga 2008. Segala kemakmuran dan apa ada dalam negara ini adalah hasil pimpinan kerajaan di bawah BN dan PH menyambung. 

“Jadi, pengalaman yang ada pada BN dan pemikiran daripada PH digabung dan garap supaya tawaran yang diberikan menjadi lebih baik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi, hari ini.

Beliau menambah, pelaksanaan tawaran itu nanti seterusnya menunjukkan kesepakatan gabungan PH-BN.  

“Jangan kita buat tawaran berasingan. Ini tidak baik dan akan menunjukkan kita ada pemikiran berbeza-beza.  Pastinya tawaran yang akan kita berikan seperti tawaran yang sedang berlangsung program-program di bawah pimpinan Amirudin. 

“Cadangan daripada kita pula adalah macam mana hendak tambah baik merujuk kepada pengalaman kita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya