PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kedaulatan undang-undang negara akan diperlekehkan penjenayah sekiranya Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 tidak dihidupkan semula. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, ketika modus operandi jenayah semakin berliku, PDRM perlu diberikan ‘taring’ untuk mendepani kumpulan penjenayah khususnya sindiket jenayah terancang dan perjudian di negara. Namun, menurut beliau, tanpa POCA, tindakan drastik tidak boleh dilaksanakan PDRM sebaliknya terpaksa mengambil masa yang panjang untuk mengekang aktiviti jenayah terancang. “Penjenayah kini bukan seperti dahulu. Mereka sudah kehadapan dengan pelbagai modus operandi baharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya