Tambahan 200 lesen PSV percuma pemandu bas pantai timur - Utusan Malaysia

Tambahan 200 lesen PSV percuma pemandu bas pantai timur

PSV
ANTHONY Loke Siew Fook meninjau Bas Berkapasiti Tinggi LBDD 13.5 Meter Ekspres Mutiara milik Konsortium E-Mutiara Berhad di Scania Malaysia, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan menambah 200 lagi Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) percuma kepada pemandu bas di negeri pantai timur menerusi program MyPSV selepas 500 lesen disediakan sebelum ini masih tidak mencukupi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penambahan terbaharu itu dilakukan bagi memenuhi permintaan tinggi pemandu bagi negeri-negeri tersebut.

“Namun, kita guna saluran menerusi salah satu agensi di bawah kementerian untuk mendapatkan peruntukan menambah lesen PSV percuma tersebut.

“Kos itu diperoleh menerusi lebihan dan faedah simpanan bank yang boleh disalurkan bagi memanfaatkan pelaksanaan program MyPSV,” katanya selepaw melancarkan Perkhidmatan Bas Berkapasiti Tinggi Ekspres Mutiara di Ibu Pejabat Scania, semalam.

Kementerian Pengangkutan pada 3 Julai lalu melancarkan program MyPSV dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan lesen PSV percuma.

Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM2 juta di bawah inisiatif Belanjawan Madani 2023 yang akan memanfaatkan 4,000 calon merangkumi 3,500 orang bagi e-panggilan atau teksi dan 500 untuk bas.

Peruntukan itu meliputi kos ujian dan latihan kepada calon dengan kadar RM2,590 bagi calon PSV bas manakala RM190 bagi e-panggilan atau teksi.

Jelas Anthony Loke, program itu berjalan lancar dan kementerian akan sentiasa akan menambah baiknya secara berperingkat.

“Setakat ini, tiada penambahan lain bagi kategori lain (e-panggilan dan teksi) dan semua proses pelaksanaan mendapat sambutan menggalakkan.

“Penambahan lesen bagi pemandu bas pantai timur juga mengambil kira faktor penumpang banyak menggunakan laluan-laluan negeri itu,” ujarnya.

Tambah beliau, pemandu itu bagaimanapun perlu mematuhi syarat bagi memperoleh lesen di bawah program MyPSV dengan menduduki kursus teori vokasional, latihan dan ujian praktikal.

“Hasrat utama kita mahu melahirkan pemandu kompeten dan berlesen selain memudahkan mereka mendapatkan peluang pekerjaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya