Taman Agro Teknologi MARDI jana pendapatan RM20 juta - Utusan Malaysia

Taman Agro Teknologi MARDI jana pendapatan RM20 juta

Agro Mardi
Chan Foong Hin (dua kanan) meninjau Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang dekat Sungai Sireh, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Taman agro teknologi di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dilaporkan menerima kunjungan lebih sejuta pelancong dengan pendapatan sehingga RM20 juta pada tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, antara lokasi taman agroteknologi yang menjadi tumpuan seperti di Cameron Highland, Pahang; Pulau Langkawi, Kedah dan Tanjong Karang, Selangor.

“Taman Agroteknologi Cameron Highland antaranya mencatatkan kehadiran pelawat tertinggi iaitu purata 3,500 hingga 5,000 sehari. Selain itu, Taman Agroteknologi Langkawi dan Tanjong Karang mencatatkan jumlah pengunjung ramai,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang, hari ini.

Pada program tersebut, beliau memaklumkan kerajaan giat meneruskan penyelidikan mengenai penghasilan varieti benih padi lebih tahan lasak bagi melawan serangan penyakit dan serangga perosak di negara ini.

Foong Hin memberitahu, kajian oleh MARDI itu perlu bagi menghasilkan benih yang tahan dengan perubahan iklim dan cuaca global tidak menentu ketika ini.

“Perkara ini bukan isu baharu dan kita sentiasa mengambil maklum aduan pihak terlibat terutama pesawah. Kajian bagi menghasilkan padi yang lebih berdaya tahan sentiasa berjalan oleh semua agensi kementerian termasuk MARDI sehingga kini.” jelasnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) diarah membangunkan penggunaan varieti benih padi tahan lasak terutama bagi menghadapi bencana banjir tidak menentu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika itu meminta kajian benih padi yang tidak memerlukan penggunaan air banyak bagi menjimatkan kos.

Sementara itu, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, pesawah dicadangkan supaya cuba membuat ‘rotation’ (pusingan) varieti padi.

“Mereka mungkin boleh menukar varieti itu sebanyak tiga musim sekali dan tidak bergantung kepada satu jenis sahaja. Langkah itu bagi mengurangkan kesan kepada jangkitan penyakit padi dan serangga perosak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya