Tak tumpang populariti Ziana Zain, Hasif Upin pegang lebih 3 juta pengikut di TikTok - Utusan Malaysia

Tak tumpang populariti Ziana Zain, Hasif Upin pegang lebih 3 juta pengikut di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hasif Upin, 31, mengakui solat banyak memberi ketenangan kepadanya semasa merakamkan lagu ‘Waktu’ bersama Ziana Zain.

Walaupun teruja bergandingan dengan idolanya, jejaka itu mendedahkan gementar dan menggigil semasa proses rakaman lagu tersebut.

“Saya menggigil, pucat semasa rakaman. Tekak saya bengkak sehingga saya perlu ke hospital dan berehat.

“Tak dinafikan saya sedikit tertekan dengan jangkaan orang. Takut, tapi saya serahkan kepada takdir.

“Saya banyakkan solat kerana ia banyak menenangkan hati saya dalam membuat persediaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Berduet dengan penyanyi tersohor, Hasif mendedahkan ada menerima kritikan mengatakan seolah-olah dia cuba menumpang populariti penyanyi ‘Madah Berhelah’ itu.

“Saya tak tumpang populariti. Saya ada pengikut sendiri sebelum ke bidang nyanyian,” katanya yang mempunyai lebih 3 juta pengikut di aplikasi TikTok.

Kekecewaan Hasif bagaimanapun terubat apabila ramai artis senior memuji vokal dan suaranya menerusi lagu Waktu.

“Saya teruja tengok video Anuar Zain komen yang dia menyukai suara saya.

“Begitu juga Ernie Zakri dan Syamel. Saya nak menangis memikirkan saya sudah ke dunia seni,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya