Tahanan polis lari ketika dirawat di hospital - Utusan Malaysia

Tahanan polis lari ketika dirawat di hospital

TAHANAN polis yang melarikan diri dari Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang kira-kira pukul 3.56 petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Polis sedang giat memburu seorang tahanan yang dikatakan telah melarikan diri dari Hospital Sungai Bakap, di sini kira-kira pukul 3.56 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Ng Ah Thiam berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh seorang warden penjara berhubung kejadian itu.

Katanya, kejadian tersebut berlaku di sebuah wad kuarantin tibi di hospital berkenaan melibatkan suspek, Nordin Ahmad, 54.

“Semasa meloloskan diri, tahanan tersebut memakai baju-t berwarna kelabu dan seluar pendek berwarna hitam.

“Berikutan kejadian itu, ibu pejabat polis (IPD) SPS telah melancarkan Op Tutup untuk mengesan suspek,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Tambah beliau, kerjasama daripada orang awam amat diperlukan dan mereka yang mempunyai maklumat berkaitan boleh segera menghubungi pihak IPD SPS di talian 04-5858222 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor M. Karthik di talian 016-6970009 atau mana-mana balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya