NGO tuntut kerajaan perangi kartel padi

NGO tuntut kerajaan perangi kartel padi

PENGELUAR atau pemborong hendaklah memastikan penjualan benih padi sah tidak melebihi daripada kuota yang diberikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pesawah menuntut Kerajaan Persekutuan dan nege­ri memberi perhatian terhadap masalah dihadapi mereka terutama penguasaan kartel padi seperti dibangkitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob berkata, isu itu sudah sekian lama membelenggu industri pertanian negara, namun gagal ditangani antaranya disebabkan oleh tiada keazaman politik tinggi dalam kalangan pemimpin.

Katanya, sama ada kerajaan negeri mahu pun Persekutuan, isu kartel padi tidak akan mampu dihentikan jika tiada kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Bagi saya apabila kita bercakap bab kartel ini, jangan ha­nya ‘melontar’ sebaliknya perlu diserta dengan tindakan.

RASYID YOB

“Kerajaan negeri ada peranan untuk dimainkan dan Kerajaan Persekutuan memiliki banyak agensi yang perlu bertindak memerangi kartel antaranya Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

“Kalau kita hanya bercakap untuk mendapatkan keuntu­ngan politik tetapi tidak bertindak. Maka tak ke manalah usaha ini kerana tindakan perlu dilakukan secara menyeluruh sama ada di pihak negeri atau Pusat,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Akhbar ini melaporkan, industri padi di Kedah dibelenggu kartel yang mengikat pesawah di semua peringkat sehingga tuaian padi setiap musim berbaki RM1,500 berbanding jualan sebenar RM5,000 bagi setiap hektar sawah diusahakan.

Muhammad Sanusi berkata, kartel menguasai semua peringkat berkaitan penanaman padi bermula daripada membajak, baja, benih, potongan dan timbangan padi.

“Semua orang tahu apa yang sedang terjadi dalam sektor padi, orang pekak dan buta saja yang tak dapat lihat dan dengar apa yang saya cakap,” kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Che Ani Mat Zain tidak menolak kemungkinan masalah bekalan benih padi yang sering terjadi antaranya tidak mencukupi serta kurang berkualiti mungkin disebabkan kartel.

“Isu padi benih ini melibatkan hasil pengeluaran padi dan keterjaminan makanan negara. Sepatutnya kerajaan ambil langkah segera bagi menyelesaikannya kerana hasil pengeluaran padi dalam kawasan MADA juga merosot dari lebih sejuta tan metrik pada 2018 kepada cuma 852,477 (2022). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya