Syukur pasangan saya Hun Haqeem - Erysha Emyra - Utusan Malaysia

Syukur pasangan saya Hun Haqeem – Erysha Emyra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Dia ramah, tidak sombong”

Demikian kata pelakon jelita Erysha Emyra, 23, menceritakan keperibadian Hun Haqeem, 25, di luar set penggambaran drama Chinta Wrong Direction.

Menurutnya, produksi mempunyai banyak calon pelakon untuk memegang watak Raja Akid.

Namun rezeki memihak kepada Hun yang banyak membantu pelakon baharu sepertinya menyandang watak utama buat pertama kali.

“Hun Haqeem boleh dikatakan pelakon senior berbanding saya di dalam industri. Saya bersyukur kerana pasangan saya ialah Hun Haqeem di dalam cerita ini kerana sangat mudah bekerja dengannya yang tidak sombong dalam memberi tunjuk ajar lakonan.

“Bukan hanya kepada saya, malah dia tidak kisah sekiranya ada mana-mana pelakon yang mahu melakukan latihan skrip bersamanya.

“Jika saya bergandingan dengan pelakon yang tidak mahu bercakap di set, situasi akan jadi lebih sukar kerana kita susah untuk mencari keserasian,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Melihat keserasian Hun Haqeem dan Erysha membawakan watak pasangan bercinta di dalam drama ini, peminat mula ‘kenen-kenen’ dan berharap mereka menjadi kekasih sebenar yang disifatkan sama cantik, sama padan.

“Saya tak nafikan cinta lokasi memang wujud seperti Sweet Qismina dan Adam Lee yang sampai ke alam perkahwinan. Kalau itu jodohnya, tidak akan kemana.

“Tapi saya tidaklah datang ke set penggambaran dengan niat untuk bercinta. Saya dan Hun memang rapat maklumlah sudah berbulan kerja bersama dan mengenal hati budi.

“Biasalah peminat memang ada memberi komen mengatakan kami serasi. Itu anggapan mereka sahaja, sebenarnya kami cuma kawan,” tambahnya.

Sebelum ini gandingan Hun Haqeem dan Erysha membawakan watak Raja Akid dan Chinta mencuri perhatian penonton kerana masing-masing dilihat serasi di kaca televisyen.

Drama arahan Hadith Omar ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis di saluran 104 astro Ria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya