Syed Saddiq jangan hipokrit - Aidi Amin

Syed Saddiq jangan hipokrit – Aidi Amin

AIDI Aimin Yazid (kiri) mahu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perjelas komitmen perjuangan MUDA jika ingin bertindak sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu memperjelaskan komitmen perjuangan mereka jika ingin bertindak sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sungai Buloh, Aidi Amin Yazid dalam satu kenyataan berkata, pemimpin berkenaan perlu lebih jujur dalam membina demokrasi yang lebih matang serta lebih menyeluruh dalam ruang lingkup enam negeri yang akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Syed Saddiq pernah menyatakan hasrat untuk menjadi kuasa ketiga dalam pilihan raya negeri kelak dengan calon-calon tertumpu pada kerusi yang dipegang Pakatan Harapan. Jadi mengapa sekarang umumkan niat beliau sekadar hendak mengkritik kerajaan dengan tujuan semak dan imbang?

“Rakyat Malaysia cukup matang dalam menilai perlakuan Syed Saddiq yang penuh dengan ketidakjujuran. Mungkin lebih baik beliau fokus kepada usaha membina demokrasi matang di dalam organisasi MUDA dahulu, ” katanya.

Menyifatkan Syed Saddiq sebagai hipokrit, Aidi Amin berkata, tindakan pemimpin berkenaan dikatakan harus dibendung lebih awal dengan tidak menjadikan kerajan hari ini sebagai ‘mangsa permainan’ MUDA.

“Adakah beliau sekadar pengkritik Pakatan Harapan? Mengapa tidak mengambil pendekatan sama kepada mereka yang cuba mengeruhkan keadaan dalam negara?

“Jika benar mahu menjadi penyemak imbang, Syed Saddiq perlu jelaskan komitmen perjuangan kepada anak muda. Bukan sekadar mengambil kerusi di kawasan bandar dan memecahbelahkan undi yang akan hanya menguntungkan Perikatan Nasional. Adakah kebarangkalian sebegini dimahukan anak-anak muda yang moderat?” soalnya.

Malah, Aidi Amin turut mempersoal tindakan MUDA yang tidak meletakkan calon di negeri selain daripada Selangor.

“Kalau benar niatnya, kenapa tidak berentap lebih ramai di kerajaan negeri lain yang dahagakan pembaharuan selain daripada Selangor?” ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Aidi Amin turut mendakwa, terdapat beberapa suara ahli MUDA dihalang apabila mengkritik kepemimpinan parti yang belum pernah melalui proses pemilihan mahupun mempunyai sebuah perlembagaan sebagai teras perjuangan.

“Disiplin dalam sesebuah organisasi mencerminkan ketegasan dan bukannya kezaliman seorang pemimpin. Sifat kerjasama dan penglibatan semua pihak pula memerlukan komunikasi yang jelas tanpa berdolak-dalik.

“Politik baharu harus memupuk reformasi minda dalam melihat penyelesaian secara berstruktur dan bukan lambakan permasalahan yang membayangkan sebagai satu bebanan. Lebih banyak usaha yang dapat dilakukan bersama jika sifat ego kita dibuang,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya